Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Ambilan Jun 2016

http://uppd.unimap.edu.my/wp-content/themes/medica-lite/images/misc/logo/kpm.png

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
 3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2016.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  
 
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
 
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 MAC 2016 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :  
   
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR. 
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769