Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) - Online International Scholarships 2018 | 2019

Post Top Ad


Wednesday, January 31, 2018

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR)

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)

 

BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Syarat-Syarat Permohonan
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.
Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.
Pengesahan Pendapatan Keluarga
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).
Permohonan
Tarikh permohonan dibuka : 15 Ogos 2018
Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2018
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti (Awam) anda.