JPA Scholarship 2012 | 2013 | TAWARAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2013

Article available only in Malay.
TAWARAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2013 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)

Tarikh Tutup 30 Mac 2012
Tempat Negara Jepun
Tempoh 1 ½ atau 2 Tahun (April / Oktober 2013 – Mac 2015)
Rujukan · http://www.my.emb-japan.go.jp
Kategori Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan · Sarjana
Syarat-syarat
Permohonan
  1. Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1978);
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN).
  3. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  4. Bidang pengajian peringkat Sarjana mestilah sama seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda / bidang tugas semasa berkhidmat;
  5. Mempunyai minat / keupayaan untuk mempelajari Bahasa Jepun;
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
  1. Berkhidmat secara tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
  3. Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010 atau 2009, 2010 & 2011) - perkiraan setahun adalah bermula pada Januari sehingga Disember;
  4. Telah mengisytiharkan harta;
  5. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  6. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain;
  7. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Dokumen Rujukan & Permohonan **Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki melengkapkan borang-borang seperti berikut :
a) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing)
b) Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010] – diisi oleh calon
 
PERMOHONAN MESTILAH DIKEMUKAKAN MELALUI KETUA JABATAN SEBELUM DIHANTAR KE JABATAN INI.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Siti Haslina binti Hashim)
Pegawai Bertanggungjawab Cik Siti Haslina binti Hashim
Tel : 03-8885 3432
Faks : 03-8889 2171
E-mel : sitihaslina@jpa.gov.my

Puan Nazrina binti AbdulMalik
Tel : 03-8885 3438
Faks : 03-8889 2171
E-mel : nazrina.malik@jpa.gov.my

MORE INFO AND APPLICATION KLIK SINI