Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2012

 http://i1190.photobucket.com/albums/z442/decrewz/LogoYTAR.jpg

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2012

Organisation TypeNational Higher Education Fund Cooperation
Fund TypeScholarship
Sponsored ByYayasan Tunku Abdul Rahman

Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-22836063/6073
Faks: 03-22836052
Emel: yayasantar@gmail.com
Website: http://www.yayasantar.org.my/index.html
Detailed description Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi dan digelar Tunku Scholars.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Syarat Asas
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2.  
  3. Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
    • Pelajar STPM / Asas / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75.
    • Pemohon juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah pertama IPT tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75. 
    • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
    • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti).
* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan sebenar peperiksaan. Pemberian biasiswa tertakluk kepada pemohon diterima masuk Institusi Pengajian Tinggi tempatan Negara. 
  1. Syarat Tambahan
    • Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditetentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

PERMOHONAN

Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Tarikh permohonan : 1 hingga 30 Mac 2012
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
For more information on the scholarship offered, kindly visit http://www.yayasantar.org.my/BTAR.html
Deadline
30 March 2012
Study Local or Abroad?local