DBP Scholarships - Tawaran Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail

http://4.bp.blogspot.com/-HeH4x2Q-BvY/TiFA9otLiTI/AAAAAAAAADs/Y3TZHG-_E2c/s1600/logo-dbp.jpg
TAWARAN BIASISWA TUN SYED NASIR ISMAIL BAGI SESI PENGAJIAN 2011
DBP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-instilusi pengajian tinggi awam di dalam negeri tahun 2011 dalam bidang yang berikut:

i. BAHASA MELAYU/LINGUISTIK
ii. SASTERA MELAYU/PENGAJIAN MELAYU
iii. SASTERA INGGERIS/SASTERA BANDINGAN
 iv. PENERBITAN

1. KELAYAKAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
i. Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Saslera Melayu/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Saslera Bandingan alau Penerbitan.
ii. Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkal STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Iisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf selaraf dengannya.
iv. Belum menerima sebarang bentuk bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.

2. UMUR
i. Berumur tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperolehi dengan cara yang berikut:
i. Melalui laman web DBP http://www.dbp.gov.my
ii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan dan dihantar kepada:

Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia) 
PERINGATAN
i. Calon yang bejaya akan disyaratkan menandatangani Perjanjian Biasiswa dengan DBP.
ii. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak disertakan dengan salinan dokumen yang berkaitan tidak akan dipertimbangkan.

CLOSING DATE
3 October 2011